Monday, October 9, 2017

SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS )


Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Taman Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani, Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA – PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)



Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur. 


 Pengertian logo

- Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala   yang tidak  sihat.

- Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

- Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar   belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.

Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.


BENDERA

  WARNA HIJAU MELAMBANGKAN:


 a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
 b. Laluan hidup yang jelas untuk masa   depan.
 c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS.
   
COGAN KATA KRS:
  
- 'ILMU IMAN AMAL' 
AH         
             a) ILMU: asas keintelektualan dan ketrampilan ahli krs
             b) IMAN: keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri                       c) AMAL: penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

ssd        UNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH:

              

Lagu Kadet Remaja Sekolah


Kadet Remaja Sekolah,
Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang, keamanan Negara,
Menjayakan ilmu, iman dan amal.

Marilah kita membina peribadi,
Membentuk insan yang kereatif,
Kearah kecermelangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan.

Remaja sambutlah cabaran,
Menjadi bangsa Malaysia,
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,
Jangan kita lupa kepada pencipta.

Remaja hayati budaya,
Ilmu, iman dan amal,
Tetapkan di hati dan jiwamu,
Wawasan Kadet Remaja Sekolah.
                 

No comments:

Post a Comment